Bekas pengetua didakwa cabul 3 kakitangan sekolah
A
A
HULU TERENGGANU - Seorang bekas pengetua sekolah menengah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini atas tuduhan mencabul tiga kakitangan sekolah pada Januari dan Februari lalu.
Bagaimanapun tertuduh, Aminuddin [email protected], 53, tidak mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Aminuddin yang tiba di mahkamah kira-kira jam 10 pagi dengan memakai kemeja berwarna biru berdepan lima pertuduhan.
Mengikut pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, Aminuddin didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 33 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di tiga lokasi berbeza di sebuah sekolah menengah dalam daerah ini antara jam 9 pagi hingga 3.30 petang pada Januari lalu.