Bekas Duta Sweden, hargai hubungan dua hala Malaysia-Sweden
A
KUALA LUMPUR - Satu perkara yang ingin dikongsi bekas Duta Sweden Dag Juhlin-Dannfelt dengan rakyat Malaysia adalah hubungan unik sejak lebih enam dekad antara Malaysia dan Sweden.
Ketika ditemu bual media tempatan, Juhlin-Dannfelt menyifatkan hubungan dua hala kedua-dua negara ibarat Volvo dan Proton.
"Kehadiran Volvo jauh lebih lama berbanding ketika Proton dan Perodua mula diperkenalkan begitulah lamanya hubungan dua hala sudah terjalin.
"Kereta pertama yang dikeluarkan di Malaysia ialah buatan Sweden - Volvo, pada 1967. Kereta pertama yang pernah dieksport dari Malaysia sekitar 1969 juga adalah Volvo, menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau kami pada masa itu.