Mingguan Wanita
Kredit foto: BERNAMA
Bagaikan kisah dalam sinetron, selepas 20 tahun baru tahu anak tertukar, pihak JKNK akan lakukan siasatan lanjut.
Ternyata bukan sesuatu yang mudah diterima apabila kita mengetahui anak yang selama ini dibesarkan serta ditatang dengan penuh kasih sayang rupanya bukan anak kandung sendiri tetapi anak orang lain yang tertukar atas kecuaian orang lain.
JKNK Akan Siasat
Oleh itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan membuat siasatan dakwaan kes bayi tertukar yang dikatakan berlaku 20 tahun lalu dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan di sebuah hospital di Kota Bharu.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata pihaknya akan menyiasat tiga bayi berkenaan sama ada mereka dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) atau Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.