PENGENDALI Sri Pahang FC, Dollah Salleh mengakui sudah buntu dengan masalah ketumpulan jentera serangannya selepas tewas kepada Kuala Lumpur City FC 0-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur pada Jumaat. Menurutnya, kegagalan menyudahkan banyak peluang terhidang memberikan kesan besar kepada pasukan dan terpaksa terus bergelut untuk cuba menjauhi zon penyingkiran.