SHAH ALAM - [DKEMAS KINI] Semua ahli Parlimen dalam parti gabungan Perikatan Nasional (PN) berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pelantikan Ahli Parlimen Bera itu diyakini dapat memastikan kesinambungan dasar, perancangan serta iltizam kerajaan PN terutamanya memulihkan negara daripada impak Covid-19 dengan segera.