SHAH ALAM - Semua ahli Parlimen diberi masa sehingga jam 4 petang esok untuk menyatakan satu nama pilihan sebagai Perdana Menteri baharu. Perkara itu didedahkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran terbaharu di Facebook beliau pada Selasa. Menerusi hantaran itu, beliau berkongsi sepucuk surat yang meminta semua Ahli Dewan Rakyat membuat surat akuan memilih calon Perdana Menteri yang kesembilan.