Afghanistan: Kenangan bersama Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor
July 8, 2021
KINI tiba pula giliran Amerika Syarikat dan sekutunya berundur dari Afghanistan, setelah semua kuasa besar sebelumnya yang cuba untuk menaklukinya menemui kegagalan. Sekalipun kuasa-kuasa besar itu membawa segala kekuatan ketenteraan untuk memaksa dan segala kekayaan untuk membeli rakyatnya.
Amir Syakib Arsalan, penulis sebuah buku terkenal ‘Realiti Dunia Islam Semasa’ (Hadhir al-‘Alam al-Islami) menyifatkan Afghanistan yang berjaya menghalau semua penjajah dengan menegaskan:
لو لم يبق للإسلام في الدنيا عرق ينبض، لرأيت عرقه بين سكان جبال الهملايا والهندكوش نابضًا، وعزمه هناك ناهضًا!
“Sekiranya dunia Islam ini dibandingkan dengan satu jasad yang telah direbahkan, di sana masih terdapat satu nadi dan saraf yang masih berdenyut. Akan dapat disaksikan bahawa nadi yang tidak boleh dihentikan itu ialah negara di banjaran Himalaya dan Hindu Kush (iaitu Afghanistan), mereka di sana masih bangkit menentang penjajah.”