8 beradik yatim piatu akibat Covid-19 dibantu
A
A
SHAH ALAM - Lapan beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kedua-dua ibu bapa mereka pergi buat selama-lamanya dalam tempoh tiga hari akibat wabak Covid-19.
Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, bersama tujuh adiknya yang berumur antara 18 hingga empat tahun kini tinggal di rumah saudara mereka di Bukit Beruntung, Rawang.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, ketua keluarga itu, Benyajeed Bernie, 45, meninggal dunia pada 16 Julai manakala ibu mereka, Noraini Ibrahim, 43, pula pada 18 Julai akibat Covid-19.
Menurut June, sebaik menerima laporan mengenai perkembangan berkenaan pihaknya terus menjejaki lapan beradik anak yatim terbabit agar mereka mendapat sokongan dan bantuan wajar.