JOHOR BAHRU - Seramai 502 anggota polis di negeri ini termasuk ahli keluarga mereka direkodkan positif Covid-19 sejak Mac tahun lalu hingga Selasa. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu sebanyak 282 kes melibatkan pegawai dan anggota manakala 220 kes melibatkan ahli keluarga mereka.