PUTRAJAYA- Seramai 5.8 juta bakal pemilih berusia 18 tahun ke atas diseru untuk membuat Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) selama sebulan mulai 1 Oktober ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mereka yang terlibat perlu menyemak dan mengesahkan maklumat.