comparemela.com

KUALA LUMPUR - Sebagai salah sebuah mercu tanda penting dan simbol yang memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia, Menara Kuala Lumpur menawarkan pelbagai pengalaman menarik dan memberikan memori indah kepada pengunjung seluruh dunia sepanjang 25 tahun ini. Menara Kuala Lumpur yang mula dibina pada Oktober 1991 dan siap pada Mei 1996 dibuka kepada pengunjung serta dilancarkan secara rasmi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1 Oktober 1996. Tersergam indah menghiasi bandaraya Kuala Lumpur selama 25 tahun, Menara Kuala Lumpur yang merupakan menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ketujuh tertinggi di dunia juga amat terkenal dengan pelbagai tarikan unik serta acara-acara tahunan yang mencabar.

Related Keywords

,Ministry Health ,Council Security ,Estuary Mud ,Tower Estuary Mud ,Prime Ministers ,Mahathir Mohamad ,Jubilee Silver Tower Estuary Mud ,Chairman Officer Executive ,According To Him ,Procedures Operation ,Council Security The Country ,Malaysia ,Pelancongan ,Menara Kuala Lumpur ,

© 2024 Vimarsana

comparemela.com © 2020. All Rights Reserved.