20 pemburu Harimau Malaya ditahan
A
A
SHAH ALAM - Kerakusan pemburuan Harimau Malaya atau Harimau Belang (Panthera tigris jacksonii) yang dilakukan warga tempatan terus dipatahkan dengan penahanan 20 individu dalam serbuan berasingan sejak tahun 2011 hingga tahun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, dengan penahanan 20 orang warga tempatan itu, pihaknya turut merampas hidupan liar terbabit berserta pelbagai anggota badan yang dipercayai akan dijual di pasaran gelap.
Menurutnya, nilai rampasan yang direkodkan bagi tempoh terbabit berjumlah RM2.21 juta.
"Kami (Perhilitan) berjaya merampas seekor Harimau Malaya dan bahagian binatang itu seperti daging, tulang, kulit, kuku dan taring.