comparemela.com


2 dos vaksin: 80 peratus usia 18 tahun ke atas terima penghujung Oktober
A
A
MELAKA - Kerajaan menyasarkan untuk mencapai 80 peratus individu berusia 18 tahun ke atas lengkap dua dos vaksin menjelang penghujung Oktober ini.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, setakat ini, data yang diperolehi dalam tempoh dua hari lalu menunjukkan peningkatan daripada jumlah 7.5 peratus kepada lapan peratus yang telah lengkap dua dos vaksin.
Menurutnya, angka itu menjadi pananda aras bahawa sasaran itu boleh dicapai, malah 20 peratus individu golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
"Seperti mana di seluruh negara, kita jangka bulan Julai akan ditingkatkan suntikan dan setakat ini juga lebih sembilan juta rakyat telah disuntik dos pertama, secara purata 300,000 suntikan diberikan di seluruh negara pada setiap hari.

Related Keywords

Ahmad Hashim ,Technologyi Innovation ,Deputies Minister Science ,Grandfather Ahmad Hashim ,According To Him ,Center The Grant Vaccine ,Lawmaker Estuary ,

© 2024 Vimarsana

comparemela.com © 2020. All Rights Reserved.