SHAH ALAM - Kerajaan mengumumkan pembelian tambahan enam juta dos vaksin Covid-19 yang akan diterima menjelang awal September ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkembangan itu adalah usaha kerajaan memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati fasa 'bebas' termasuk kebenaran merentas negeri. Menurutnya, gambaran tersebut adalah bersandarkan kepada perkembangan hasil keberkesanan strategi vaksinasi seperti yang telah dikecapi Labuan ketika ini.
SHAH ALAM - Kerajaan menetapkan dua objektif utama bagi mengurangkan kesan ekonomi yang berpanjangan. Objektif itu adalah mengembalikan kesejahteraan rakyat seiring dengan usaha meningkatkan kuasa beli pengguna dan mengangkat semula sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu fokus usaha kerajaan ketika ini adalah kepada rakyat yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian, rakyat yang berpendapatan sederhana, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor perindustrian termasuk industri pelancongan domestik.
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menawarkan kerjasama dengan blok pembangkang menerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19. Menurut berkata, tawaran itu selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu semua pihak bekerjasama sebagai satu pasukan. "Kebawah Duli Tuanku dalam perjumpaan bersama ketua-ketua parti baru-baru ini telah bertitah kepada semua agar melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Kesemua pihak sepatutnya sedia bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan semula suasana. Dalam erti kata lain, kita perlu mendakap erat prinsip kebersamaan.