SHAH ALAM- Bank Rakyat dengan kerjasama Surau Al-Barakah Bank Rakyat terus membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan ketika pandemik Covid-19 menerusi inisiatif Zon Barakah Bank Rakyat. Inisiatif itu ialah bantuan keperluan dan makanan asas seperti beras, tepung gandum, minyak masak, sardin, telur ayam, kicap, gula, garam, teh, biskut, susu tepung serta lampin pakai buang disediakan di rak Zon Barakah Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur bermula 13 Ogos 2021.