SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) bagi menjalankan aktiviti kesihatan awam di peringkat komuniti terutama berkaitan pandemik Covid-19. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sukarelawan terpilih itu akan dilatih dengan modul-modul bertemakan Covid-19 secara berkala.