KUALA LUMPUR - Sebuah bas membawa Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dua individu tiba di Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 2.38 petang. Ia diikuti sebuah lagi bas lain yang membawa ahli Parlimen Pas. Antara yang kelihatan di dalam bas berkenaan, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh; Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim serta beberapa individu lain.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar meninggalkan Istana Negara pada jam 3.12 petang selepas hampir dua jam berada di sana. Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO yang menaiki kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) berwarna hitam sempat melambaikan tangan kepada petugas media yang menunggu di pintu 2.
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Bas yang membawa 'rombongan' kedua ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiba di Istana Negara melalui Pintu 2 pada jam 12.45 tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai tiba di Istana Negara melalui pintu 1 pada jam 2.49 petang tadi. Kehadiran Muhyiddin yang juga Perdana Menteri sementara itu bagaimanapun tidak sempat dirakam Sinar Harian susulan hampir kesemua petugas media menunggu di pintu 2.
KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dipercayai melakukan sesi menghadap Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secaya maya pada pagi Khamis.