SHAH ALAM– Majoriti rakyat Malaysia bersetuju untuk menukar kerajaan sedia ada kepada yang baharu bagi menfokuskan kepada strategi melawan pandemik Covid-19. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Pusat Penyelidikan Undian UCSI, sebanyak 69.9 peratus daripada 1,053 responden memilih ‘Ya’ manakala 30.1 peratus lagi memilih tidak untuk soalan tersebut.