Warga emas menelusuri muara sungai untuk divaksin
A
A
KUCHING - Biarpun terpaksa berkerusi roda dan menempuh perjalanan menggunakan bot menelusuri muara sungai, Najah Ahmad, 82, menggagahkan diri untuk hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan (KK) Kampung Telaga Air pada Selasa.
Warga emas dari Kampung Sibu Laut di kawasan pesisiran daerah Kuching itu menyedari pentingnya untuk menerima vaksin Covid-19 walaupun dalam usia emasnya bagi melindungi diri dan orang di sekelilingnya.
“(Saya ambil vaksin) untuk menjaga (kesihatan) diri, keluarga dan orang ramai. Bersyukur jugalah sudah dapat (suntikan vaksin) hari ini,” katanya yang kelihatan tenang semasa menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac.