BANGKOK - Thailand sudah siap sedia untuk memulakan ujian klinikal vaksin Covid-19 ke atas manusia dan vaksin berasaskan tumbuhan keluaran tempatan itu dijangka dapat digunakan tahun depan. Vaksin subunit itu dibangunkan Pusat Penyelidikan Vaksin Universiti Chulalongkorn dan Baiya Phytopharm Co Ltd (Baiya Phytopharm).