Suami isteri nyaris maut van terbakar langgar babi
A
A
BATU PAHAT- Sepasang suami isteri nyaris maut apabila van yang dinaiki terlanggar babi sebelum terbakar dalam kejadian di Kampung Separap, Parit Sulong awal pagi Selasa.
Bagaimanapun, pasangan itu bernasib baik apabila berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan hanya mengalami kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.58 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Sebaik tiba di lokasi iaitu berhampiran Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat, kita dapati van yang dinaiki pasangan berkenaan sedang marak terbakar.