KUALA LUMPUR - Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilantik semula sebagai Menteri Kanan Kerja Raya dalam Kabinet baharu yang diumumkan hari ini, memegang jawatan sama dalam tiga pembentukan kerajaan terakhir. Fadillah, 57, Ahli Parlimen Petra Jaya menyandang jawatan itu semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara pada 2013 hingga 2018 dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 9 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021 dan kini di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.