Siti Nordiana Mudah Tersentuh, Sering Menangis Apabila Mengalunkan Zikir âTeringat Dosa-Dosa Laluâ
Sumber Foto: Instagram Siti Nordiana
Pemyanyi yang juga bergelar ibu tunggal, Siti Nordiana akui sering mengamalkan zikir munajat Al Mathurat Sughra dalam kehidupan seharian, malah hatinya mudah tersentuh dan sering menangis apabila mengalunkan zikir.
âBila berzikir, saya selalunya akan menangis. Ada masa tertentu, saya menangis mengenangkan dosa-dosa lalu.
âSaya juga mudah tersentuh bila dengar selawat dan zikir dalam bentuk lagu atau melodi kerana saya sukakan muzik, jadi ia dekat dengan saya.
âApabila melodi dan lagu itu kena dengan situasi atau liriknya, saya akan mudah menitiskan air mata,â ungkapnya.