comparemela.com

Latest Breaking News On - How plan recovery the country - Page 1 : comparemela.com

Kecewa ahli politik tidak serius patuh SOP

‘Kecewa ahli politik tidak serius patuh SOP’ A SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin meluahkan kekecewaannya apabila melihat masih ada pemimpin masyarakat khususnya ahli politik yang tidak serius mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Beliau berkata, masih ada ahli politik yang melanggar SOP dan menipu secara terbuka di atas kesalahan yang dilakukan mereka. “Bagi saya, ini adalah tindakan yang tidak beretika, contoh yang tidak baik dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat. “Bagaimana Pelan Pemulihan Negara boleh berjaya sekiranya pemimpin rakyat sendiri tidak patuh kepada SOP?,” soalnya menerusi satu tulisan di Facebooknya pada Khamis. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon pada Rabu memohon maaf atas tindakan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah kebun durian di Batu Pahat pada Ahad lalu.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.