Masa main dua kolam sudah tamat
A
JOHOR BAHRU - Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengingatkan Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan dalam kabinet mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bahawa masa mereka untuk mereka menyatakan pendirian akhir sudah sampai.
Jelas beliau, sudah tiba saatnya untuk mereka memilih pihak mana satu untuk ditumpangkan taat setia, sama ada UMNO atau kerajaan Perikatan Nasional (PN). Menteri, timbalan dan pengerusi GLC daripada UMNO perlu pilih kolam mana satu mereka nak bermain .
Sekarang ini masa untuk main dua kolam sudah tamat. Mereka kena nyatakan pendirian untuk setia dan akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti atau terus kekal bersama kerajaan PN, katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.