comparemela.com

Latest Breaking News On - Deputies minister source human - Page 4 : comparemela.com

1,769 aduan majikan tidak benarkan pekerja BDR

1,769 aduan majikan tidak benarkan pekerja BDR A A JITRA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima 1,769 aduan berkaitan majikan tidak membenarkan pekerja Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam tempoh Perintaha Kawalan Pergerakan (PKP) setakat Ahad. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, aduan tersebut adalah paling tinggi berbanding 3,737 pelbagai aduan lain yang diterima pihaknya melalui aplikasi Working for Workers (WfW) yang dilancarkan pada awal Mei lalu. Menurutnya, ramai majikan didapati masih ingkar dengan arahan dan prosuder operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di tempat kerja. “Sepatutnya, majikan hanya benarkan 60 peratus pekerja datang bekerja di pejabat manakala selebihnya adalah BDR. Tetapi kita dapati ada majikan yang menyuruh 100 peratus pekerjanya datang bekerja,” katanya pada sidang akhbar di Jitra, dekat sini pada Ahad.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.