Rentas negeri: Surat MITI tidak diterima di SJR 18-21 Julai
July 18, 2021
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai ini, untuk pergerakan rentas negeri.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ini susulan pihaknya mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari, kebelakangan ini.
Advertisement
“Semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri diarahkan untuk meningkatkan penguatkuasaan, dan tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah.
“Ini bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab, daripada menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri, untuk sambutan Hari Raya Aidiladha,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Ada individu salah guna surat MITI pulang ke kampung
JEMPOL - [DIKEMAS KINI] Larangan pergerakan rentas negeri menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selama empat hari bermula pada Ahad diputuskan kerana polis mengesan terdapat individu menyalahgunakan surat berkenaan untuk pulang ke kampung.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dikesan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Mei lalu hingga tercetus 36 kluster melibatkan perayaan.
“Saya fikir semua orang sudah mula bercuti hari ini. Pada Aidilfitri lalu, ada yang sanggup balik ke kampung menaiki lori dan ada guna pelbagai alasan termasuk menggunakan surat kebenaran merentas negeri untuk bekerja.
Kenderaan diarah patah balik di SJR Batu Melintang sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Arah kenderaan patah balik di SJR Batu Melintang sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Kesesakan di Plaza Tol Gombak gambar lama: Polis sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.