ALOR SETAR - Rukun Tetangga (RT) Cares Centre Kota Setar meneruskan bantuan bagi membantu komuniti yang terkesan akibat pandemik Covid-19 melalui sumbangkan kotak makanan membabitkan 20 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini pada Ahad. Pengurus RT Cares Centre Daerah Kota Setar, Datuk Abdul Kadir Mohamed berkata, kira-kira 100 kotak makanan akan diagihkan kepada KRT terlibat di Kota Setar bersempena Program #Kita Bersama: RT Cares dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kedah itu.