PKPD: Bakul makanan diagih kepada 1,400 penduduk sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
76 anggota PDRM kawal PKPD Pangsapuri Merpati (A) Pandan Indah
A
A
AMPANG - Seramai 76 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Keselamatan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Merpati (A) Pandan Indah di sini bermula Ahad hingga 31 Julai.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ia bagi tujuan keselamatan serta mengawal pergerakan penduduk di kawasan itu.
Beliau berkata, seramai 32 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan empat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut membantu pemantauan di kawasan kediaman tersebut. Kita turut mewujudkan empat checkpoint di setiap tiga blok. Anggota polis yang bertugas akan membuat rondaan bagi memastikan tiada pergerakan bebas penghuni di kawasan ini, katanya ketika ditemui di kawasan PKPD Pangsapuri Merpati (A) di sini pada Ahad.