KUANTAN - Pendirian UMNO Paya Besar menyokong keputusan parti untuk tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan kerana kepentingan peribadi. Keputusan itu dibuat selari dengan keputusan parti yang dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lepas. Timbalan Ketua UMNO Paya Besar, Datuk Abd Rahim Muda berkata, ahli akar umbi bahagian itu juga senada dengan keputusan yang dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu lalu.