RINGGIT meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ketika mata wang negara sedang pesat membangun terus diasak oleh kenaikan dolar susulan data ekonomi negara maju itu yang kukuh. Pada 9.02 pagi ini, ringgit susut 160 mata asas (bps) kepada 4.1730/1780 daripada 4.1570/1590 yang dicatatkan pada akhir dagangan Rabu. Pasaran ditutup pada Khamis bersempena cuti umum Hari Malaysia.