Covid: 463 kes rentas negeri, cetus lima kluster besar
July 8, 2021
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 463 kes Covid-19 akibat aktiviti rentas negeri (import B) dikesan di Terengganu bagi tempoh Mei dan Jun tahun ini seterusnya mencetuskan lima kluster yang besar dalam komuniti, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus.
Beliau berkata kes import B dari pelbagai negeri itu merekodkan bilangan tertinggi di Kemaman iaitu sebanyak 307 kes diikuti Kuala Terengganu (36 kes) dan bakinya di daerah lain.
Advertisement
“Ini telah mencetuskan lima kluster besar seperti Kluster Gong Badak (226 kes), Kluster Langgar Hilir (45 kes), Kluster Industri Teluk Kalong (109 kes), Kluster Pasar Kemunting, Pahang (13 kes) dan Kluster Kubang Jela (131 kes).