KUALA TERENGGANU - Seramai 27 nelayan ditahan selepas didapati melanggar syarat lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang 12 batu nautika dari Kuala Merchang, Marang, di sini, awal pagi Ahad. Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, kesemua 22 nelayan warga tempatan dan lima warga Myanmar yang menaiki dua bot pukat jerut dan pukat tunda kelas C ditahan antara jam 1 hingga 4.30 pagi.